Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dusta terang-terang: Sampai bila Melayu harus tertipu?

Siapa yang tak marah kalau ditipu. Kita akan rasa kesal dan marah bila ditipu orang. Ini fitrah. Bila dah sedar, kita akan lebih berhati-hati.  Bak kata pepatah Melayu, hanya jauhari mengenal manikam. Cumanya bila ada permata palsu, itu yang jadi masalah.
Perihal yang nak dikisahkan ini bukan lagi rahsia. Kalau sebelum ini cuma pemimpin oposisi mendakwa Utusan Malaysia menipu, sekarang Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Zaini Hassan sendiri mengakui amalan lidah rasmi UMNO itu yang menyamar sebagai akhbar harian umum.

Utusan fitnah, rakyat sengsara
Kata Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Sabtu lalu (sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini – di mana setelah berita itu segera disiarkan di laman web, wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari konvensyen tersebut);
“Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu okay”.
Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan ini merupakan kesimpulan jelas kepada kita bahawa Utusan Malaysia mengamalkan pembohongan dan putar belit. Bila dah jadi amalan, lama-lama jadi tabiat. Bila dah jadi tabiat, lama-lama jadi darah daging. Inikah budaya Melayu dan Islam yang didakwahkan oleh Utusan dan UMNO?
Dengan pengakuan Zaini itu – serta Utusan kalah saman kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebanyak dua kali – jelas membuktikan segala apa yang Utusan siarkan itu lebih merupakan fitnah atau pembohongan.
Apa tidaknya, Utusan memfitnah kononnya Guan Eng anti-Melayu dan anti-Islam serta Guan Eng mahu memansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Mahkamah telah putuskan bahawa Utusan menipu.
Utusan juga pernah fitnah kononnya DAP mahu menubuhkan negara Kristian, negara republik dan berbagai tuduhan palsu yang berniat menghancurkan parti demokrasi pelbagai kaum dan agama itu.
Pokok pangkalnya sekarang, yang kena tipu dan yang kena main ialah kita sendiri rakyat Malaysia. Apakah manusia waras seperti kita akan mewajarkan penipuan?
Atau mungkin ada orang yang tidak malu untuk hidup senang dengan menipu atau menulis berita putar belit sebagai belanja makan minum seisi keluarganya?
Tapi mungkin ada pula yang kata, ‘Tipu tu perkara biasalah, kita nak satu-padukan Melayu.’

Bila matlamat halalkan cara maka…
Kalaulah kiranya matlamat menghalalkan cara, padanlah semakin banyak tipu semakin banyak rasuah berlaku. Semakin banyak rasuah berlaku, semakin banyak duit cukai rakyat kena lahap dengan pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang berkuasa.
Duit negara yang menambun tu sepatutnya bolehlah di buat rumah kos rendah dengan lebih banyak,  bolehlah menaikkan bantuan kebajikan, bolehlah kurangkan tol dan sebagainya.
Tapi seribu kali sayang, ia tidak berlaku demikian. Segala macam bantuan ekspres yang diberi kerajaan BN baru-baru ini pun sebab terdesak. Bukan kerana tanggungjawab kepada rakyat tetapi kerana terus mahu brgayut di ranting kuasa yang semakin rapuh dan reput.
Bila kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang buat, Kelantan buat, Selangor buat, Kedah pun buat, makanya BN tidak ada pilihan lain selain meniru usaha kebajikan rakyat.
Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat memang layak buat sebab pentadbiran kerajaan yang telus dan berintegriti. Bantuan yang diberikan adalah hasil penjimatan perbelanjaan kerajaan serta ‘dividen’ hasil pengurangan atau pembasmian rasuah dan korupsi.
Tapi bila kerajaan pusat BN buat, memang sudah lari bajet. Al-maklum sahajalah, kalau dah rasuah sana sini tiris depan belakang, makin cepatlah duit habis mengalir macam air. Yang diberi kepada rakyat diambil dari pinjaman yang akan menambahkan beban hutang bakal ditanggung oleh anak cucu kita nanti.

Melayu bersatu sebab ditipu
Berbalik pada kisah Utusan Malaysa kaki pembohong yang kononnya nak satukan Melayu, yang kononnya mahu jadi ‘pemangkin fikiran rakyat’, habis segala budaya baik Melayu dan nilai murni Islam mereka cabul.
Adakah dengan mereka berbohong, kerajaan UMNO-BN akan jadi lebih telus, berintegriti, bersih dan cakna pada masalah rakyat?
Apakah ‘penyatuan melayu’ yang diperjuangkan akan bermakna sekiranya Melayu bersatu atas sebab pembohongan yang dilakukan dan akhirnya Melayu terus mempertahankan batang tubuh pemimpin yang telah rosak akibat rasuah, penyelewengan harta negara dan salah guna kuasa?
Inikah Melayu yang kita mahu?
Istilah ‘perpaduan Melayu’ sewajarnya harus dimaknai dan dibetulkan semula dengan nilai yang mulia dan berprinsip demi Malaysia yang lebih bersih, adil dan penuh dengan nilai kasih sayang insan.
Kita, sama ada di kalangan orang Melayu dan seluruh bangsa yang hidup di bumi Malaysia ini harus sedar bahawa Malaysia milik kita bersama.
Suka saya memetik bidalan orang-orang tua, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.” Dan begitulah pun yang berlaku di Malaysia sekarang. – Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :