Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak  yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi kedai menjual kereta terpakai milik anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Kasuadinata Dollah, 46, di sini hari ini.

Katanya, bangsa lain akan lebih menjauh dari Islam apabila melihat hanya ini taraf pemikiran orang Melayu yang berniat untuk memalukan sesama mereka.

“Tanpa mereka sedari akhirnya akan memalukan diri mereka sendiri malah akan menimbulkan bangsa lain berasa benci untuk berkawan dengan orang Melayu kerana sikap sedemikian,” katanya lagi.

Menurutnya, orang Melayu yang tidak begitu mengetahui pegangan agama sendiri, tidak begitu kaya, tetapi berperangai pulak tidak senonoh di mata.

“Insya Allah benda-benda begini akan terkena diri mereka sendiri akhirnya,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menziarahi mangsa kereta terpakai yang terbakar, Kasuadinata.

Pada kejadian 20 Mei lalu, tiga buah kereta terpakai yang akan dijual untuk pelanggan terbakar kira-kira jam 1.00 pagi dipercayai perbuatan khianat.

Tafsir kerugian tiga buah kereta jenis Mercedes, Honda Jazz dan Myvi, bernilai RM250,000.
.

3 comments :

  1. Gila, ore nok bui sene ko kita, g wat nganyi. X se sedekah duk diam2 jange buat bodo gitu. Baso buta hati perut pedal gelap gelemat. X sir sikit abut buat saham akhirat. Xpo tok guru ambo rakyat tetap jatuh bangun bersama tok guru.

    ReplyDelete
  2. Demo bagi keto sorong ngan penyodok tu suroh kita gali lube kubor untuk UMNO masuk.Dalam UMNO la ni doh takdo ore bijok nak tane ngan baca talkin, jadi awe2 lagi demo minto kita siapkan lube kubo tuk demo.(maaf telor klante hamba dah tak berapa menjadi)

    ReplyDelete
  3. Semakin hari semakin sumbang gerak geri umno...sedarlah umno hayat anda dah tak berapa lama daaah....

    ReplyDelete