KUANTAN: Saranan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk
semua parti politik memberi kerjasama dan mencuba dulu sebelum
mempertikai dan sangsi dalam cadangan untuk menyiarkan manifesto
menerusi RTM secara rakaman telah ditempelak PAS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata bahawa kredibiliti BN yang teruk adalah sebab
utama mengapa pembangkang menolak cadangan SPR untuk menyiarkan
manifesto secara rakaman.
“Rekod BN yang tidak jujur dan beramanah adalah penyumbang terbesar
mengapa bermungkinan besar manifesto yang diusulkan secara rakaman akan
diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
sebagaimana video versi polis insiden Bersih 2.0,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata soalan yang berlegar di minda rakyat kini ialah
apakah jaminan rakaman tersebut tidak diedit dan dipotong mengikut
kehendak BN seperti video Bersih 2.0.
“Bahkan perkara ini dijangka berulang di video Bersih 3.0 versi BN,” tambah beliau.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata tindakan
membentang manifesto secara rakaman membuktikan kegagalan SPR bertindak
dengan tepat dan adil dan memberi tekanan kepada kerajaan BN untuk
memberi ruang yang adil kepada pembangkang.
Perkara double standard inilah katanya yang menimbulkan kemarahan
rakyat. Bahkan, tuntutan Himpunan Bersih 3,0 salah satunya ialah media
yang adil.
“Tindakan menyiarkan rakaman menifesto parti politik tidak lebih
sekadar “gincu mulut” untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan BN
sudah memberi ruang keadilan yang saksama pada pembangkang.
Kenyataan itu bakal menaikkan semula kemarahan rakyat yang hanya
menunggu perisytiharan para pimpinan untuk himpunan selanjutnya menuntut
pilihanraya bersih dan adil, kerana jelas kerajaan BN ini pekak,” tegas
Tuan Ibrahim.
PAS, kata belilau menyokong kenyataan Setiausaha Agung Datuk Mustafa
Ali dua hari lepas bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR
tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.
Mustafa berkata perkara tersebut tidak menepati tuntutan Bersih 3.0
dan sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan
secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Sebelum itu, Abdul Aziz Yusof berkata ketetapan itu dibuat bagi
mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang,
mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti
kaum serta agama.
“Jadi, soalan yang ingin ditanya pada beliau ialah bagaimana pula SPR
nak bertindak terhadap BN yang berkempen setiap hari dalam media
perdana termasuk melancarkan serangan peribadi?
Sudah menjadi tradisi BN yang secara terangan melanggar akta
pilihanraya yang hanya membenarkan kempen sehingga jam 12 malam hari
terakhir. BN terus berkempen menggunakan alat media kerajaan sampai hari
menggundi,” selar Tuan Ibrahim.
PAS, katanya tetap membantah siaran rakaman manifesto dan menuntut
agar semua parti politik diberi ruang berkempen dalam media selama satu
jam sehari dan membentang menifesto secara siaran langsung dan
membanyakkan ruang debat dan dialog antara parti politik untuk dinilai
oleh rakyat.
.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago
0 Komen pengunjong :