Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS sedia terus debat dengan MCA


KUALA LUMPUR: Ekoran DebatKini baru-baru ini, PAS bersedia untuk terus berdebat dengan MCA dalam apa sahaja tajuk yang selalu dibangkitkan MCA termasuk isu hudud dan negara teokrasi.

Demikian dinyatakan oleh Dr Mujahid Yusof kepada Harakahdaily ekoran debat beliau dengan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang dianjurkan Malaysiakini baru-baru ini.

Dalam DebatKini itu, pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan pemimpin BN di Dewan Perhimpunan China Selangor baru-baru ini.

Dr Mujahid dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mewakili Pakatan manakala Datuk Abdul Rahman Dahlan, ahli Parlimen Kota Belud serta Gan mewakili Barisan Nasional.

Dalam debat itu, isu hukum hudud menjadi isu apabila wakil MCA itu menyerang PAS dalam isu itu.

Gan mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.

Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.

“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.

“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Tetapi ia juga adalah interpretasi.

“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama dalam sudut sejarahhnya adalah pengkhianat. Tetapi jika dia meninggal agama bukan atas dasar itu, maka lain pula pertmbangannya,” katanya kepada Harakahdaily.
.

0 Komen pengunjong :