Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah benar Adam Adli cabar penggantungan universiti

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim untuk mencabar keputusan universiti tersebut yang menggantung pengajiannya selama tiga semester.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah
peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor secara tertutup dalam kamar.

"Hakim membenarkan permohonan ini selepas mendapati ia tidak leceh
(frivolous) dan ada merit," kata Fadiah sewaktu bercakap kepada
pemberita di luar mahkamah.
Tambahnya lagi, tarikh untuk kes itu didengar akan dimaklumkan mahkamah kemudian.

Adam Adli yang terkenal kerana menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di PWTC di ibu negara semasa demontrasi pelajar pada 17 Disember tahun lalu digantung pengajiannya bermula 8 Mac.

Jika keputusan penggantungannya kekal, siswa tersebut hanya akan dibenarkan menyambung semula pengajiannya sekitar September 2013.

UPSI pada 9 Januari lalu memutuskan untuk menggantung pengajian Adam Adli atas tuduhan mencemarkan nama baik institusi tersebut.
.

0 Komen pengunjong :