Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasatan polis untuk lindungi PM'

NONE

Polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.

"Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas).

Rafizi sebelum ini mendakwa projek tambahan LRT Laluan Ampang yang pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Datuk Seri Najib Razak.

Susulan pendedahan itu, Rafizi kini disiasat sepasukan polis dari Bukit Aman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam kenyataannya semalam, Wan Azizah berkata, siasatan itu seolah-olah bertujuan menghalang Rafizi daripada terus bercakap tentang dakwaannya sebelum ini.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi polis terhadap Rafizi bertujuan melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

"Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas," katanya sambil menggesa polis menghentikan siasatan pada Rafizi itu.

"Sebaliknya, siasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang," katanya.
.

0 Komen pengunjong :