Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakar: Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan


Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.

Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.

“Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.

“Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?

“Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu,” kata Abdul Aziz yang juga adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan.
Kesilapan besar

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi bibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) rancangan itu dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

ebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dilaporkan berkata Perkara 119 perlembagaan persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.

Bagi Abdul Aziz, perkara itu tidak masuk akal dan satu kesilapan yang besar.

“India telah menggunakannya; ada apa-apa cabaran mahkamah di sana mengenai isu ini setakat ini? Malah, kes-kes di India juga banyak dirujuk mahkamah Malaysia.

“AG Gani Patail mesti beritahu kita mengapa dia kata penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan perlembagaan. Jika ada orang yang enggan untuk mengundi, seperti dakwaan beliau, itu adalah masalah mereka.
“SPR mempunyai setiap hak untuk tidak membenarkan mereka mengundi jika mereka enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Penggunaan dakwat kekal telah diterima di seluruh dunia sebagai cara yang sangat berkesan untuk menghalang pengundian berganda,” katanya.

Menurut Abdul Aziz lagi, dalam sebarang kes, beliau ragu-ragu jika kebimbangan itu mempunyai sebarang asas ataupun hanya imaginasi pihak tertentu dengan agenda khusus.
Pembaziran RM2 juta
“Dalam mana-mana kes mengapa AG tidak menasihatkan SPR sebelum mereka membeli dakwat kekal yang menelan belanja lebih RM2 juta itu?

“Saya tertanya-tanya jika pembelian dakwat kekal ini telah dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara? RM2 juta wang yang banyak dan pihak-pihak berkuasa yang terbabit perlu bertanggungjawab,” katanya sambil menambah mengundi adalah hak perlembagaan.

Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Justeru, kata beliau, dakwaan kerajaan, SPR dan pihak berkuasa hari ini yang mengaku sedang  mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

0 Komen pengunjong :