Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lajim Ukin letak jawatan Ketua Cawangan Umno


SABAH 18 Jun: Pemimpin Umno Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak
jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.
Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.
“Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.
Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli
Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan
beberapa jawatan penting lain.
“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi.
“Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu,” katanya.
Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun ‘dalam wadah yang berbeza’ demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat.
Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno.
Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di
Sabah.
.

0 Komen pengunjong :