Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tafsiran rakyat tentang 1Malaysia berbeza

mahathir_wideweb__470x3060 ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.
Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.
"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.
Dr Mahathir berkata ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.
"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.
"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun tak adalah…habislah," katanya.
Mengulas mengenai demontrasi anti-Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir berkata ada kumpulan tertentu yang sengaja cuba memburuk-burukkan hubungan kedua-dua negara.
"Puak ini bukan mewakili Indonesia. Penduduk Indonesia ada 230 juta, kumpulan ini sikit saja," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata tugas guru agama kini bukan lagi terhad kepada mengajar ibadat tetapi tumpuan perlu lebih kepada membentuk peribadi mulia.
Katanya, kes-kes seperti buang bayi oleh golongan muda Islam menyebabkan tugas dan peranan itu sudah berubah kerana kefahaman mengenai Islam dalam kalangan golongan muda sekarang kurang.
"Sekarang ini guru-guru kena semai sifat mulia supaya mereka menolak kegiatan yang bercorak jenayah, menolak dadah dan mengawal nafsu mereka, supaya tidak terjadi lagi perkara-perkara itu)," katanya. 

- Bernama

0 Komen pengunjong :