KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bersih 2.0, gerakan menuntut pilihan
raya adil dan bersih, telah menolak dakwaan Datuk M. Kayveas bahawa
peserta perhimpunan pada 28 April adalah peserta yang dibayar, dan
mencabarkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk mengemukakan bukti atau minta maaf kerana membuat dakwaan tersebut.
The Malaysian Insider telah menerbitkan temuduga eksklusif
dengan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kelmarin, di mana beliau
mendakwa kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan
peserta yang dibayar adalah peserta perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan
raya yang adil dan bersih. Beliau mendakwa 99 peratus yang menyertai
perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28
April.
“Kenyataan
beliau adalah tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah dan angkuh,
terutamanya dakwaan beliau bahawa penyokong Bersih telah dibayar,” ahli
jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat
memberitahu
The Malaysian Insider.
“Itulah satu contoh apa yang kami sedang menentang — ‘politik kotor’,” Wong berkata apabila dihubungi kelmarin.
Wong berkata gerakan pilihan raya itu amat tersinggung dengan dakwaan
Kayveas dan mencabar pemimpin BN itu untuk mengemukakan bukti bahawa
wujud peserta yang dibayar “atau minta maaf”.
“Sama ada kamu mengemukakan bukti bahawa kami membayar para penyokong, atau (kamu) minta maaf,” beliau berkata.
Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju dengan
Wong. Beliau berkata “peserta Bersih akan memberi keterangan mereka di
bawah sumpah inkuiri Suhakam”.
“Kalau Datuk Kayveas begitu yakin dengan kebenaran kenyataan beliau,
beliau patut juga hadir di hadapan inquiri Suhakam dan beri kenyataannya
di bawah sumpah,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Wong juga berkata adalah tidak perlu untuk mencari perkaitan antara Bersih dan sentimen anti-BN.
“Saya tidak tahu mengapa beliau melihat hubungan seperti itu.
Sebenarnya, pilihan raya yang bersih dan adil sepatutnya memanfaatkan BN
untuk mendapat lebih banyak sokongan,” beliau berkata.
“Kalau para pemimpin BN nak fikir bahawa sokongan untuk pilihan raya
bersih ialah satu bantahan BN, bantahan itu ke atas BN, bukan (masalah)
Bersih,” beliau berkata lagi.
Liau Kok Fah, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih,
berkata: “Ini adalah penghinaan terhadap mereka yang telah menyertai
perhimpunan Bersih itu.”
“Kebanyakan orang menyertai perhimpunan itu kerana mereka tahu
senarai undi itu tidak adil dan bersih, bukan kerana mereka telah
mengambil wang,” Liau berkata. “Bersih ialah satu NGO, kami tidak ada
duit.”
“Kami bergantung kepada sokongan orang awam untuk semua operasi/penganjuran,” beliau berkata.
Liau juga menolak dakwaan Kayveas bahawa kebanyakan peserta adalah
“penyokong buta anti-BN” dan berkata “kebanyakan orang adalah bijak.”
“Kalau mereka tidak menyokong BN, mereka ada sebab kerana tidak menyokong BN. Ia bukan kerana mereka adalah buta.”
Kayveas telah berkata bahawa banyak peserta perhimpunan itu adalah
golongan yang telah “menutupkan mata mereka kepada kebaikan BN” dan
ingin menyalahkan BN untuk kegagalan diri dalam kehidupan mereka.
Beliau juga telah menuduh pembangkang sebagai pihak yang telah
menggalakkan kutukan membuta terhadap BN. Beliau juga mendakwa
pembangkang telah menghasutkan penyokong mereka untuk melanggar
undang-undang dan menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial.
Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan di ibu kota negara pada 28
April untuk duduk bantah Bersih 3.0, perhimpunan yang ketiga sejak tahun
2007.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya,
namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila beberapa perusuh
merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa di sekitar
Dataran Merdeka.
Satu jawapan Parlimen kemudian telah menyatakan bahawa pihak polis
telah menggunakan 967 kanister dan grenad gas pemedih ke atas orang
ramai, yang Kementerian Penerangan telah mengganggarkan berjumlah 22,270
berdasarkan gambar-gambar yang diambil oleh
-/Bernama.
.
0 Komen pengunjong :