Berbagai-bagai
analisis yang kita dengar berhubung dengan keputusan pilihanraya yang
akan datang ini. Banyak pihak yang membuat analisis ini secara formal
atau secara rambang berdasarkan kepada ‘mood’ yang berada di bawah ini.
Saya tidak membuat apa-apa analisis secara formal tetapi saya tahu PR
akan menawan mandat rakyat kali ini. Lain-lain perkataan ianya adalah
pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat.
Pertukaran ini tidak boleh dianggap ganjil kerana mana-mana kerajaan
akan bertukar akhirnya jika kita memilih demokrasi sebagai cara
pentadbiran negara. Negara yang tidak demokratik pun mesti mengalami
pertukaran kerajaan tetapi negara-negara seperti ini selalunya
berhadapan dengan keadaan huru hara sebelum pertukaran itu dapat
dilakukan.
Di negara-negara Arab demokrasi tidak wujud dan kebanyakan negara-negara rantau itu dikuasai oleh absolute monarchy yang autokratik. Tetapi dengan berlakunya Arab Spring
baru-baru ini di beberapa buah negara rantau itu, terbukti yang
kerajaan tetap bertukar walaupun cara mana sekali sesebuah negara itu
diperintah. Memang ‘natural’ yang segala-galanya akan berubah dan tidak
ada yang kekal. Perubahan merupakan fenomena yang tidak dapat kita
elakkan dalam dunia ini.
Begitu juga di negara kita... perubahan itu nampaknya sudah tidak
dapat dielakkan lagi. Kita tidak boleh menganggap yang apa yang berlaku
di tempat dan negara lain tidak akan berlaku di negara kita.
Bermacam-macam analisis sedang kita dengar di mana-mana. Ada yang
mengatakan yang BN akan menang dalam PRU ini tetapi kemenangannya amat
tipis, lebih tipis dari apa yang dicapai oleh Pak Lah pada tahun 2008
yang lalu.
Setengahnya pula mengatakan yang PR akan berjaya mendapat mandat dari
rakyat dengan majoriti yang tipis. Walau apa pun pandangan banyak pihak
lain saya tetap merasakan yang BN kali ini akan direhatkan oleh rakyat
untuk mengambil masa memperbaiki 'penyakit-penyakit terminal' yang
dihadapi oleh coalition itu setidak-tidaknya selama tempoh lima tahun.
Kali ini rakyat pula yang akan membetulkan segala kesilapan dan
kesalahan kerajaan yang memerintah hari ini. Rakyat telah sedar yang
jika mereka (rakyat) tidak melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat
dan negara mereka (rakyat) khuatir yang negara kita akan mengalami apa
yang dialami oleh banyak negara yang hancur lebur kerana kelalaian semua
pihak untuk menjaga negara mereka dengan baik dan bertanggungjawab.
Rakyat mahu kembalikan negara back to basic. Rakyat mahukan
mereka (rakyat) diberikan keamanan dan kesenangan berfikir. Rakyat
mahukan tiada lagi kegiatan tidak bertanggungjawab pemerintah berlaku
dengan sewenang-wenangnya di hadapan mata mereka kerana itu semua
menyemakan pandangan dan kehidupan mereka. Rakyat yang sudah lama
bersabar dengan tingkah dan laku UMNO Baru serta BN sejak hampir tiga
dekad yang lalu sudah hilang kesabaran dan mereka telah membayangkan
dengan jelas yang kali ini adalah giliran mereka untuk membetulkan
keadaan buruk ini.
Rakyat tidak mahu lagi mereka dipecah dan diperintah oleh BN lagi.
Mereka mahu bersatu tetapi bersatu di luar BN khususnya UMNO Baru.
Rakyat sudah tidak lagi mahu mendengar hujah-hujah UMNO Baru untuk
meminta rakyat mengekalkan mereka kerana mereka sudah jemu dengan hujah
yang sama sejak puluhan yang lalu. Setiap kali pilihanraya sampai UMNO
Baru selalu memainkan isu perkauman dan UMNO Baru merasakan jika ada
perpecahan di antara kaum, itulah kesempatan bagi mereka (UMNO) Baru
untuk mengambil kesempatan menyatukan rakyat khususnya orang Melayu
untuk terus mendokong mereka tanpa had.
Sudah terbenam dalam benak pimpinan UMNO Baru yang orang Melayu
khususnya boleh ditakut-takutkan dengan isu perkauman dan UMNO Baru
tidak putus-putus mahu mengekalkan perasaan takut orang Melayu untuk
menghadapi kehidupan masa depan tanpa UMNO Baru. Mereka diyakinkan yang
there is no life after UMNO Baru. UMNO Barulah segala-galanya.
UMNO Barulah yang berhak untuk menentukan baik buruk kehidupan orang
Melayu dan UMNO Baru lah yang menjadi penentu selamat atau tidaknya
kehidupan orang Melayu.
Kuasa politik yang dipegang oleh UMNO Baru dimanipulasi oleh
pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni pimpinan dan yang amat menyakitkan
hati rakyat ramai ialah keputusan parti dan pimpinan ditentukan oleh
‘seekor dua’ kroni yang berada di sekeliling pucuk pimpinan negara.
Sementara mengaut segala kekayaan negara, mereka memberikan cebisan
kepada rakyat yang dibiarkan berada di dalam budaya menadah tangan
memohon ikhsan dari pemimpin yang mereka (rakyat) berikan mandat itu.
Rakyat digula-gulakan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
lima RM500, maka beraturlah rakyat ditengah panas terik mata hari untuk
mendapatkan tempias dari kekayaan kroni-kroni ini. Dengan RM500 itu
dapatlah rakyat membasahkan tekak untuk beberapa hari, tetapi oleh
kerana kekeringan tekak rakyat sejak beberapa lama itu jumlah yang
sejemput itu ibarat menyiram secawan air di padang pasir yang kering
kontang sahaja.
Lepas ini pula akan dikeluarkan sedikit lagi bantuan BR1M ini dan ini
sajalah caranya UMNO Baru untuk mempertahankan kuasa…beli, beli dan
membeli sokongan. UMNO Baru sentiasa membeli perasaan rakyat, dan jiwa
orang ramai. Bagi UMNO Baru pimpinan Najib ini cara yang paling mudah
tanpa menggunakan pemikiran, ialah dengan membeli perasaan rakyat.
Apabila duit yang sejemput itu rakyat dileterkan supaya menggunakan wang
itu dengan berhemah dan berwasatiyah.
Dalam ramai-ramai manusia di negara ini adakah Najib orangnya yang
betul untuk menasihatkan orang lain untuk berbelanja secara wasatiyah?
Kalau Tok Guru Nik Aziz yang bercakap tentang wasatiyah ini, boleh juga
diterima. Tetapi Najib yang telah membelanjakan wang rakyat untuk
kegunaan beliau sendiri yang berjumlah berbillion-billion ringgit itu
tidak layak untuk bercakap tentang berbelanja secara wasatiyah itu.
Bagi Najib kita semua mesti berbelanja secara wasatiyah tetapi beliau
membelanjakan wang rakyat seperti wang ibu bapa beliau sahaja…tanpa
malu dan silu. Beliau tidak sedar yang rakyat sedang memerhatikan
tingkah beliau setiap waktu dam masa.
UMNO Baru sedar yang rakyat sudah jemu dengan kehadirannya sekarang.
Dalam keadaan keadaan ini UMNO Baru dan pimpinan sudah hilang segala
punca untuk meyakinkan rakyat sekali lagi. Apabila seorang pimpinan
kehilangan punca maka segala tindakan mereka tidak akan lagi tepat dan
betul. Seseorang yang dalam kegelisahan akan selalunya kehilangan punca
dan hidayah.
Kalau pun mereka terjumpa dengan ‘formula’ yang baik, masa tidak
mengizinkan lagi kerana untuk meyakinkan rakyat ia memakan masa yang
panjang. Itu sebabnya kita membaca setiap hari, banyak kali
pemimpin-pemimpin bercakap bercanggahan di antara satu dengan lain dan
ini membuatkan rakyat bertambah keliru. Hidup dalam keadaan was-was
adalah tegahan agama kita… bagaimanakah UMNO Baru untuk meminta rakyat
ramai untuk menyokong mereka tanpa was-was sedangkan mereka sendiri
dalam keadaan was-was terus-terusan.
Segala tindakan pimpinan adalah dalam keadaan was-was sentiasa dan
itu jugalah yang membuatkan mereka (pimpinan) sentiasa ‘flip-flop’ dalam
banyak keputusan penting yang mereka ambil.
“In actuality UMNO Baru leaders have lost all plots to manage the nation,” kata seorang pemimpin UMNO Baru itu sendiri dalam pertemuannya dengan saya baru-baru ini.
“Bro, I appreciate your courage and your intelligibility of thought by joining DAP,” katanya kepada saya serius.
-/ http://aspanaliasnet.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :