BACHOK: “Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak
pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku
sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.
“Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi
menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya,” kata
bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.
Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan
orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno
terbabit di Kelantan.
Di sebelah jalan utama di hadapan Masjid Bandar Bachok sehingga ke
tepi pantai penuh dengan orang ramai tanpa menghiraukan hujan yang turun
rintik-rintik.
Hadir sama pada ceramah isu semasa tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Amar
Abdullah dan Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad.
Pada sebelah pagi Abdul Kadir menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz di
Kota Darulnaim dan sebelah petang bersembang bersama rakyat di Kedai Kok
Lanas.
Abdul Kadir bekas anggota jawatankuasa Pemuda Umno Kampung Air Tawar,
Baling pada 1956 juga berkata, suasana begitu berbeza zaman
kepemimpinan Umno di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak berbanding
sekarang.
Katanya, masa itu pemimpin Umno benar-benar berjuang secara ikhlas dan jujur untuk rakyat.
“Mereka tiada perangai buruk seperti pemimpin Umno la ni. Sekarang
pemimpin Umno tidak perlu susah-susah kempen bagi menarik sokongan
rakyat, hanya perlu hulur duit sahaja.
“Politik sekarang
we need money. Hendak jadi ketua Umno tidak payah kempen hanya guna duit. Begitu juga hendak menang pilihan raya hanya guna duit.
“Umno letak orang depa dalam semua agensi penting kerajaan seperti
SPR, SPRM, polis, mahkamah dan tentera. Sebab itulah depa tidak takut
untuk melakukan penyelewengan dan pembaziran kerana semuanya orang
kita,” katanya.
Menurutnya tindak tanduk pemimpin Umno sekarang secara jelas mahu merosakkan negara kerana semua benda menggunakan umpan wang.
.
0 Komen pengunjong :