Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis tanpa jenayah tidak takut sertai PAS, PR

Polis tanpa jenayah tidak takut sertai PAS, PRKUALA LUMPUR- Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.
Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.
"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian.
"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.
Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".
Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.
"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.
"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.
Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.
Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.
"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.

0 Komen pengunjong :