Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS tangguh Muktamar, rancang Himpunan Hijau 1 Jun


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menangguhkan muktamar tahunannya bagi memberi laluan kepada Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan diadakan pada 1 Jun depan di di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata muktamar PAS yang sepatutnya diadakan pada 30 Mei hingga 3 Jun depan terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang akan diputuskan kelak kerana bimbang dengan ‘laporan kaji cuaca’ Pilihan Raya Umum (PRU) yang tidak menentu.
Katanya, himpunan itu diadakan bagi menggerakkan pimpinan, jentera, penyokong dan ahli di semua peringkat sebagai persiapan akhir menghadapi PRU13.
Mensasarkan 100,000 kehadiran, Mahfuz berkata himpunan itu bakal menanamkan semangat kepada semua ahlinya bahawa PAS perlu menjadi penggerak utama dalam menjayakan cita-cita Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
“Bukan bermakna PAS nak bersendirian ke Putrajaya tetapi nak berikan mesej setiap ahli PAS juga harus bersedia daripada sekarang menerima calon Pakatan Rakyat termasuk PKR dan DAP dan membantu mereka capai kemenangan dalam PRU13,” katanya hari ini.
Bertindak sebagai Pengerusi himpunan terbabit, Mahfuz menyeru ahli dan penyokong PAS yang mahu hadir ke stadium itu nanti digalakkan memakai pakaian serba hijau bagi melambangkan warna korporat parti itu.

Amanat khas Presiden

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Himpunan akan dimulakan pada awal pagi dengan menghimpunkan semua pemimpin parti daripada peringkat Syura, PAS Pusat sehingga kawasan termasuk wakil rakyat PAS Parlimen, Dewan Negara, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks PAS Kedah di Jalan Kota Sarang Semut.
“Kesemua pemimpin akan mendengar amanat khas Presiden parti termasuk memberikan ucapan komitmen masing-masing yang berikrar akan bertanggungjawab menggerakkan semua jentera setiap peringkat,” katanya.
Katanya, sesi kedua nanti dijadualkan pada pukul 4 petang di Stadium Darul Aman bermula dengan Program Ekspresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya yang diisi dengan sketsa termasuk kuliah yang akan disampaikan penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus.
“Selepas solat Maghrib dan solat munajat ke Putrajaya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul RAzak akan berucap selaku tuan rumah dan kemudiannya ucapan beberapa tokoh dan selebriti.
“Antaranya bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, Pengerusi Kerabat Leftenan Kolonel (B) Nazari, penyanyi Aishah  termasuk deklamasi khas puisi sasterawan negara Datuk A Samad Said,” katanya.
Di akhir himpunan, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan mengetuai acara membaca ikrar dan kemudiannya diikuti ucapan Timbalan Presiden dan Presiden serta amanat akhir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, katanya.

0 Komen pengunjong :