GELANG
PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri
Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina.
Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis
makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin
Sutera.
Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan
mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke
negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor
dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat
segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin
untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri
Besar di negeri ini.
Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB
Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik
Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela
nasib rakyat Johor.
"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran
saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih
baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi
saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada
saya"
"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya
pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya
perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di
Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah
menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu
rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau
lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya
itu.
Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang
Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina.
Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri
oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim
0 Komen pengunjong :