Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanya Melayu Pulau Pinang berhijrah?


GEORGE TOWN, 26 MEI: Adakah tidak ada orang Melayu di Terengganu, Perlis, Pahang, Perak atau Johor berhijrah ke negeri lain, termasuk ke ibu kota Kuala Lumpur? Mengapa penghijrahan Melayu dari negeri-negeri ini didiamkan dan disembunyikan oleh UMNO?
Mengapa hanya orang Melayu Pulau Pinang dijadikan sasaran oleh pimpinan UMNO serta para pecacai mereka?
Persoalan ini ditanya oleh Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Kassim yang sedar bahawa isu berbaur perkauman tersebut sengaja dibangkitkan oleh UMNO yang semakin tidak relevan.
Malah, katanya, angka kononnya 18,000 orang Melayu meninggalkan negeri, mengikut kajian satu kumpulan yang rapat dengan UMNO, tidak dijelaskan secara terperinci.
“Yang menjadi persoalan besar bagi saya ialah fakta. Dari mana fakta ini didapati? Datang dari mana? Apa sumbernya?
“Saya anak Pulau Pinang. Bagi kita ini lumrah. Memang akan sentiasa ada orang yang berhijrah dan akan sentiasa ada yang datang berhijrah ke Pulau Pinang dari negeri luar.
“Mereka yang keluar dari Pulau Pinang pun atas banyak faktor. Ada kerana rumah tangga, belajar, tawaran kerja di tempat lain, pertukaran tempat kerja. Jadi banyak sebab, jadi mengapa ini dijadikan isu politik?” katanya kepada Roketkini.
Malik yang juga Adun Batu Maung mempersoalkan UMNO serta para penyokong mereka tentang sikap diam membisu terhadap penghijrahan orang Melayu dari negeri-negeri lain, termasuk orang Melayu yang berpindah ke Pulau Pinang.
“Apakah di tempat lain tak berlaku penghijrahan? Mustahil. Tetapi isu ini dijadikan alasan politik oleh UMNO dan BN. Katakanlah ada 18,000 Melayu keluar tinggalkan Pulau Pinang, bagaimana dengan 40,000 lagi Melayu yang berhijrah ke Pulau Pinang?
“Jika ada alasan kerana Pulau Pinang sesak atau harga rumah lebih murah di Kulim atau Sungai Petani (Kedah) atau di tempat-tempat lain. Ya memanglah, itu kenyataan…ini pulau, memanglah harga tanah dan rumah mahal. Jadi apa salah dan masalahnya?” tambah beliau.
Beliau menjelaskan, apa yang UMNO sembunyikan ialah hakikat bahawa orang Melayu di Pulau Pinang kini banyak mendapat hak dan kelebihan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding sewaktu BN dan UMNO menguasai kerajaan negeri.
“Saya tahu kerana saya asal Pulau Pinang, saya tinggal di negeri dan saya alami sendiri sistem terdahulu. Tetapi jangan lupa, apa yang orang Melayu dapat pada hari ini bukan sekadar hand out (beri percuma), tetapi apa yang kita beri adalah untuk pastikan Melayu yang kuat. Hand out ini sementara saja.
“Apa yang kita beri adalah untuk menguatkan lagi keupayaan Melayu untuk bersaing dan gigih bekerja. Jadi ini bezanya. Tak perlu politikkan perkara ini kecualilah UMNO-BN memang dah tak ada isu. UMNO mesti ingat bahawa orang Melayu sudah lama sedar hak mereka,” ujarnya.

/– Roketkini.com

0 Komen pengunjong :