Mahkamah Perancis temui bukti Najib dapatkan Perimekar RM3 bilion


KUALA LUMPUR 3 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan kenyataan pendakwa Perancis bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan bagi pihak Perimekar sejumlah USD 1 bilion (RM3 bilion) daripada syarikat pembuat kapal Perancis DCNI.
Dokumen tersebut ialah kiriman faks dalam Bahasa Inggeris yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.
Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.
Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, dimana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.
.

0 Komen pengunjong :