Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Chegubard nafi arahan diberi langgar halangan

NONEBadrul Hisham Shaharin, yang menjalankan tugas mengawal orang ramai semasa BERSIH 3.0, berkata peserta telah diarahkan supaya bersurai sejurus sebelum halangan di Dataran Merdeka dilanggar.

Badrul, yang lebih popular sebagai Chegubard, memberitahu
Malaysiakini bahawa arahan yang diberikan kepadanya oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk mengarahkan orang ramai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk bersurai.

"Saya berada atas trak pick-up (yang membawa pemimpin BERSIH dan Anwar)... satu keputusan perlu dibuat mengenai sama ada untuk membelok ke bulatan Masjid Negara atau ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Arahan kepada SAMM ialah belok ke Jalan Tuanku Abdul Rahman perlahan-lahan supaya orang ramai akan ikut dan bersurai secara perlahan-lahan," katanya, merujuk kepada NGO pimpinannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Satu video saksi menunjukkan Anwar, yang berada di trak pick-up
SAMM di sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, memberi isyarat membelok ke kanan.

Dalam video itu,Chegubard yang juga pemimpin PKR Negeri Sembilan, dirakamkan sebagai berkata yang mereka mahu membelok ke kanan supaya mereka tidak berada di hadapan polis.

0 Komen pengunjong :