Himpunan buktikan tokoh Melayu bersama PAS


(Allahu Akbar...teriakan yang dibuat oleh semua peserta Himpunan Ummah Bersama PAS semalam)

AMPANG: Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS semalam mempamerkan kepada umum sokongan orang Melayu pelbagai pelbagai sektor kini bersama PAS.

Hampir 300 tokoh dari pelbagai sektor mempamirkan sokongan itu dengan menyertai himpunan yang diadakan di sebuah hotel De Palma.

Ia telah menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu bersemangat sekali sehingga berucap lebih satu jam semalam.

Kegembiraan Ustaz Hadi dikongsi bersama oleh penganjur himpunan ini yang sentiasa menunjukkan tanda bagus tentang program ini.

"Sokongan yang ditunjukkan hari ini menunjukkan kita bersedia untuk ke Putrajaya," kata Salahudin Ayub, Pengerusi Jawatankuasa penganjur himpunan ini.

Semalam, 10 orang tokoh yang mewakili semua sektor masyarkat memberikan ucapan mereka dimajlis yang bersejarah ini.

Memulakan ucapan adalah Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.

Fauzi memberikan jaminan, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pegawai kanan polis tidak akan berlaku sebarang huru hara
atau kekecohan jika kerajaan bertukar dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau menolak sama sekali ugutan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang mendakwa kekacauan akan berlaku jika menukar kerajaan.

Selepas Fauzi, naik pula Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir, bekas orang nombor dua angkatan tentera Malaysia.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan beliau dengan rasuah dalam pembelian kelengkapan untuk tentera kerana jumlah bajet untuk Kementerian Pertahanan kedua tertinggi selepas Kementerian Pelajaran.

Kemudian naik pula bapa saudara kepada Tuanku Sultan Mizan, Tengku Seri Paduka Raja pula mengambil tempat di rostrum.

Beliau mengecam sikap kerajaan pusat yang merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu melalui kerajaan yang mereka pilih.

Bagi pengacara majlis, Bob Lokman, kemunculan Tengku Paduka bersama PAS membayangkan sokongan besar keluarga diraja kepada PAS.

Oleh itu tidak timbul sama sekali PAS menolak atau tidak senang dengan raja-raja yang menjadi simbol kedaulatan kesultanan Melayu di negara ini.

Selepas ketiga-tiga tokoh itu, satu per satu tokoh dari pelbagai sektor kehidupan orang Melayu yang lain naik ke pentas.


Antaranya bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Nahrawi, pelakun Hairie Othman, Datuk Yahya Lampong bekas timbalan menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan bekas lagenda bola sepak nasional, Abdullah Ali.

Penyair A Syukur Harun membacakan sajak yang beliau kaji kandungannya sejak tiga bulan lalu untuk majlis semalam. Anis Afida, gadis manis yang memperjuangkan isu Pengerang di Johor juga berucap.

Turut ke pentas adalah anak muda dari golongan mahasiswa, golongan kurang upaya yang menyerahkan memorandum mereka kepada Presiden PAS dan pelbagai wakil lagi.

Satu persatu mereka naik ke pentas menyatakan keyakinan kepada PAS untuk bersama-sama memacu perubahan di negara ini.

Suasana ini berlaku ketika Umno terus-terusan berusaha untuk memburuk nama PAS di mata orang Melayu kononnya menjadi alat kepada DAP.

PAS juga dituduh bakal menjadi 'biggest casuality' (mangsa paling besar) dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Kita yakin himpunan ini adalah lambang dan bukti PAS diterima oleh tokoh-tokoh masyarakat Melayu dan perlu diikuti oleh semua ummah Melayu yang lain.

"Kita juga yakin, jika nanti PAS tidak diberi peluang oleh rakyat akibat manipulasi media dan sebagainya, dan Umno terus berkuasa atau pihak lain yang berkuasa, ummah Melayu sendiri yang salah," kata Salahudin Ayub.

Keyakinan Salahudin digemakan oleh semua yang hadir dengan teriakan Allahuakbar di akhir himpunan ini.

1 comment :

  1. Cakap mana sama dengan realiti. A.B.U - ALLAH BERSAMA UMNO
    Kesian kat mereka ni dulu ada yg kena maki berbakul bakul....

    ReplyDelete