Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah Rayuan Tetap 17 Sept Putus Permohonan Rayuan Anwar Gugurkan Kes Fitnah II

SHAH ALAM 2 Sept - Mahkamah Rayuan telah  menetapkan 17 September depan berhubung keputusan permohonan rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes Fitnah II terhadap beliau.
Permohonan tersebut telah difailkan oleh peguam bela Sankara Nair dua minggu lalu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Anwar telah memfailkan permohonan tersebut selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad  Zabidin Mohd Diah menolak rayuan tersebut pada 16 Ogos lalu.
Ketua Pembangkang membuat permohonan tersebut berikutan dakwaan hubungan intim antara pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif yang dilihat telah menjejas kredibiliti dan ketelusan kes itu.
Sankara ketika dihubungi Suara keadilan berkata rayuan itu dibuat selepas pihak pembelaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar.
"Jika Mahkamah Rayuan tidak membenarkan permohonan ini, pihak kami akan merayu kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan permohonan rayuan ini bagi membolehkan pihak kami mengenepikan kes ini yang dianggap telah hilang kredibilitinya," ujar beliau.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat terhadap Anwar sementara menunggu rayuan beliau berhubung keputusan mahkamah menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhannya itu.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah ketua pasukan  pembelaan, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Tinggi menetapkan 20 September ini untuk menyambung semula perbicaraan.

0 Komen pengunjong :