Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lepas belasah, polis curi duit Chegu Bard

KUALA LUMPUR 2 Mei: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di kawasan Masjid India.
Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.
“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.
“Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket saya hilang.
“Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya beruniform,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta.
“Mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,” kata Chegu Bard.
Kejadian itu menyebabkan beliau cedera parah di kepala, bengkak seluruh badan dan mata lebam akibat dipukul polis menggunakan objek tumpul.
Beliau dan kira-kira 15 mangsa demonstran dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi 29 April lalu.
Katanya, laporan polis itu bagi membuktikan kepada kerajaan Umno BN terutama Menteri Dalam Negeri bahawa polis bertindak di luar batasan.

1 comment :

  1. POLIS MALAYSIA ni memang menyara anakbini dengan
    HASIL HARAM.Sebab itu KEBANYAKAN anakx polis ini
    tidak BERJENIS!!!

    ReplyDelete