KUALA LUMPUR 2 Mei: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham
Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri
anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika
beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di
kawasan Masjid India.
Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa
kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke
Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian
uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.
“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah,
ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit
saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.
“Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik
sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket
saya hilang.
“Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya
pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya
beruniform,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis
terhadapnya.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ketika
beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada
anggota polis meninggal dunia dipukul peserta.
“Mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis
termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,” kata Chegu
Bard.
Kejadian itu menyebabkan beliau cedera parah di kepala, bengkak
seluruh badan dan mata lebam akibat dipukul polis menggunakan objek
tumpul.
Beliau dan kira-kira 15 mangsa demonstran dibawa ke Pusat Latihan
Polis (Pulapol), sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi 29 April lalu.
Katanya, laporan polis itu bagi membuktikan kepada kerajaan Umno BN
terutama Menteri Dalam Negeri bahawa polis bertindak di luar batasan.
POLIS MALAYSIA ni memang menyara anakbini dengan
ReplyDeleteHASIL HARAM.Sebab itu KEBANYAKAN anakx polis ini
tidak BERJENIS!!!