Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar suruh bersurai, bukan rempuh


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman menafikan wujudnya sebarang arahan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya merempuh halangan polis dan menuju ke Dataran Merdeka.
Beliau yang berdiri disebelah Anwar atas sebuah trak pikap berkata, Anwar sejurus tiba dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek berucap selepas Pengerusi bersama Bersih 3.0 S Ambiga menyampaikan ucapan.
“Anwar dalam ucapannya menyuruh penyokong bersurai kerana matlamat kita sudah sampai dengan kehadiran 250,000 penyokong,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, trak itu kemudiannya bergerak ke hadapan dan mengarahkan penyokong bergerak ke kanan (Jalan Tuanku Abdul Rahman)
bukannya kiri menuju ke Dataran Merdeka sehingga tiba di tempat kejadian di mana terjadinya isyarat tangan antara Anwar dan (Timbalan
Presiden PKR Mohamed) Azmin Ali.
Katanya, sepanjang berdiri disebelah Anwar, tiada sebarang suara yang dikeluarkan Ahli Parlimen Permatang itu mengarahkan supaya merempuh penghadang polis.
Sebaliknya, beliau yakin dapat mendengar suara daripada penyokong di bawah yang berada di hadapan barisan berhampiran halangan pagar berduri menjerit ‘masuk’.
“Memang tiada sebarang arahan lisan daripada Anwar,” katanya namun mengesahkan tidak nampak insiden isyarat tangan terbabit.
Dalam satu video yang dimuat turun di laman sosial Youtube merakamkan Anwar menunjukkan isyarat ke Dataran Merdeka dan kemudiannya dibalas Azmin dengan menunjukkan ibu jarinya sebelum penyokong mula merempuh penghadang polis.
Namun semalam Anwar menafikan maksud isyarat tangan itu, sebaliknya berkata ia adalah arahan supaya Azmin pergi berbincang dengan polis.

0 Komen pengunjong :