PETALING JAYA, Pihak media arus perdana terus menyembunyikan
kisah mangsa tindakan agresif polis pada perhimpunan Bersih 3.0 meskipun
seorang demi seorang mangsa tampil membuat pengakuan membongkar
kezaliman pihak polis.
Kisah tragis tindakan agresif polis diceritakan oleh Pengedar Teh,
Lau Chee Sun, yang terkena tembakan canister gas pemedih mata dari jarak
10 meter sehingga mengakibatkan kecederaan di bahu kiri.
“Dalam keadaan sesak, tembakan dilepaskan dari bawah jambatan
landasan kereta api. Saya melihat dua canister ke arah saya. Saya
berjaya mengelak salah satu daripadanya. Saya rasa pening dan mencari
tempat berlindung. Saya berjalan ke kedai mamak untuk menyelamatkan
diri,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Jashamsurnizam Md Jani pula
disepak di belakang badan sebelum dihumban ke longkang oleh tiga anggota
polis berhampiran bangunan DBKL.
Beliau merupakan seorang pensyarah berkata, kejadian tersebut berlaku
ketika orang ramai bersesak menyelamatkan diri dan beliau berjalan kaki
seorang diri menuju ke HKL sambil menanggung kesakitan.
Jelas beliau, ketika di HKL terdapat ramai pegawai tinggi polis
menunggu di hadapan pintu kecemasan dan sehingga kini, beliau, masih
belum memperoleh laporan perubatan.
“Saya dicampak ke dalam longkang sedalam dua atau tiga kaki. Saya
mengalami kecederaan retak di bahagian tangan kanan dan tempurung lutut
kanan saya lari. Saya bangun sendiri dan menuju ke HKL,” katanya.
Seoarang Jurutera, Mohd Firdaus Nurhakim Mohd Esah menceritakan detik
hitam yang dialami sepanjang 100 meter menuju ke tempat tahanan apabila
beliau di pukul oleh beberapa anggota polis sehingga mengalami
kecederaan di bahagian belakang badan dan leher.
“Pada jam 5.30 petang, ketika itu keadaan dilihat agak tenang di
Dataran Merdeka. Polis datang dari dua arah dan saya mengangkat tangan
tanda menyerah. Saya tidak tahu hendak lari ke mana lagi dan mereka
membelasah saya disitu juga. Sepanjang jalan menuju tempat tahanan,
lebih sepuluh anggota polis membelasah saya. Seorang polis menanduk dada
saya menggunakan kepalanya.
“Saya terkilan sebab saya tidak membuat apa-apa kepada mereka. Mereka tidak ada hak berbuat sebegitu kepada saya,” katanya.
Katanya, pihak polis memukul dalam keadaan terburu-buru sehingga
beliau tidak dapat bernafas dan diseret sehingga ke Dataran Merdeka.
Beliau mengakui melihat sendiri tindakan pihak polis meragut rantai
emas selain merampas dompet peserta dan apabila ditanya dimana dompet
berkenaan, jawapan yang diterima hanyalah ‘tidak tahu’.
Beliau turut mengakui pihak polis yang memukulnya tidak memakai
nombor badan seperti kebiasaan dan hanya bersorak ‘Padan Muka’ kepadanya
ketika dibawa oleh dua anggota polis.
“100 peratus pasti, nombor badan tiada. Bahagian nama saya tidak
pasti. Layanan yang diterima di Pulapol berbeza. Saya diberitahu unit di
Dataran dan Pulapol berbeza,” katanya.
Lapan orang individu yang mengalami kekasaran telah membuat laporan
polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya sambil ditemani oleh
wakil Lawyer Of Liberty (LFL) Fadiah Nadwa Fikri dan wakil SUARAM,
Nalini Elumalai.
Fadiah yang ditemui sejurus selepas itu berkata, pihaknya akan
berbincang dan mengumpul segala maklumat berkaitan mangsa keganasan
polis dan mendesak satu suruhanjaya penyiasatan bebas ditubuhkan.
.
0 Komen pengunjong :