“Haram Jadah” Najib Pecah Belahkan Masyarakat


SHAH ALAM 10 MEI : Ungkapan ‘haram jadah’ Datuk Seri Najib Razak terhadap peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Venturw Holding(FGVH) ke bursa saham menunjukkan Perdana Menteri gagal menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin negara, kata Khalid Samad.
Label ini diberi Najib semasa mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap peneroka Felda hasil penyenaraian itu di Felda Jengka 8 baru-baru ini.
“Haram jadah mereka itu jangan terima kebaikan daripada penyenaraian itu.. saya nak tengok muka-muka ini, durian runtuh itu mereka hendak terima atau tidak..haram jadah saya tak redha mereka ini menerima,” Najib dipetik berkata..
Jelas Khalid, Najib tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan itu bagi memaki hamun peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH.
Katanya, setiap keluarga peneroka berhak mendapat habuan mereka kerana tanah mereka dicagarkan.
“Sebelum ini, ramai pihak tidak bersetuju dengan penyenaraian itu kerana tanah Felda digunakan sebagai cagaran tetapi mereka teruskan juga.
“Apabila mereka teruskan, jadi secara tidak langsung peneroka berhak mendapat duit mereka, kalau sudah dicagarkan kenapa duit tidak boleh ambil, duit itu pun bukan duit bapak dia (Najib),” katanya dalam satu sidang media, di pejabatnya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menambah, sebagai Perdana Menteri, Najib seharusnya bersikap adil tanpa mengira kedudukan pembangkang atau penyokongnya.
“Memilih bulu itu bukan cara untuk menyatupadukan rakyat,” katanya.
Malah, niat Najib dalam kenyataan mahu membubarkan parlimen selepas pemberian itu juga menunjukkan ia politik semata-mata.
.

1 comment :

  1. If non-conforming Felda settlers are 'haram jadah', what are you.You are 'son-of-a gun'Najib.

    ReplyDelete