Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Satu
kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir
ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di
bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.
Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.
Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.
Menurut
writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun
yang sama.
Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi
lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah
bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan
bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh
Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.
Notis
itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang
lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Oleh
itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah
Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan
(Akta 574).
Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai
protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di
bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April
2912.
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum
di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Difahamkan Anwar juga
menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan
didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.
Sementara
itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan
ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang.
"Datuk
Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan
notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam
mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan
SMS kepada
Malaysiakini.
Menurutnya, terdapat dua
pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188
dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman
2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).
"Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim
Seorang
lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri
Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat
disahkan.
Sementara itu, menjawab soalan
Malaysiakini
melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun
Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard
akan didakwa esok.
memang parti umno bn haram jadah sial tak sudah kita doakan agar umno bn terkubur dlm pilihanraya akan datang.
ReplyDelete@Anonymous.... sama-samalah kita berusha dan berdoa agar Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya akan datang
ReplyDelete