Melumpuhkan PAS atau Umno yang terhapus?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap pandangan Datuk Zainuddin Maidin atau Zam supaya PAS dilumpuh dan dimusnahkan sebagai melucukan.
“Bagi DPPM, kenyataan Zam tidak berpijak di bumi nyata serta mengenepikan realiti.

“Beliau seakan dikejar bayang-bayang hitam yang menghantui beliau dan merasa gelisah dengan kebangkitan rakyat yang mahu bersama PAS dan menolak Umno secara terang-terangan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, dalam keadaan sokongan kepada PAS semakin meningkat apabila berbondong-bondong pemimpin masyarakat, bekas pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Umno, selebriti dan artis ternama menyertai PAS, beliau pula berpandangan sebaliknya.

Sebaiknya, kata beliau Zam menoleh kepada partinya sendiri iaitu Umno dan lihatlah sokongan yang diterima oleh partinya, berapa ramaikah pemimpin ternama masyarakat mahu menyertai parti yang sedang karam itu.

“Adakah pemimpin dan tokoh masyarakat yang menyertai PAS mahu kepada ‘perpecahan’ dan menolak ‘perpaduan’ dalam Umno menurut definisi beliau?” soalnya dalam satu kenyataan.

Baginya, Zam mungkin masih bermimpi bahawa Umno sebagai platform perpaduan Melayu, hakikatnya orang Melayu menyedari bahawa Umno bukanlah platform perpaduan Melayu sebenar.

Katanya, Umno hanyalah tempat untuk mengaut kekayaan bagi suku sakat dan elit pemimpin yang berkuasa sahaja.

“Beliau adalah segelintir pemimpin yang masih terikat dengan doktrin bahawa hanya Umno memberi kemajuan dan perpaduan dalam negara ini manakala parti lainnya menyebabkan perpecahan dalam masyarakat,” ujarnya.

Justeru, ujarnya DPPM amat bersimpati dengan Zam yang kelihatan terdesak mahu mengembalikan sokongan keyakinan Perdana Menteri terhadap dirinya yang semakin tersisih.

“Mungkin beliau sedang menagih simpati pemimpin tertingginya dalam mendapatkan tempat pada PRU ke 13 sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang agak ‘agresif’.

“Apa yang dibimbangi jika pandangan Zam akhirnya tidak menjadi kenyataan, sebaliknya mmenikam balik partinya sehingga dilumpuh dan dimusnahkan oleh rakyat pada PRU13 nanti,” ujarnya.

2 comments :

  1. Biasalah dia ni satu Tongkang dengan Mamak Det..... Keturunan MALBARI... tak sedar diri!!!

    ReplyDelete
  2. @Anonymous..... biasanya kalau orang tak sedar diri ni akhirnya makan diri. Kite tengoklah nanti

    ReplyDelete