Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin cabar Najib segera adakan PRU 13


KUALA LUMPUR 14 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, tindakan Perdana Menteri menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan ahli Umno sendiri.
Beliau berkata, tindakan Datuk Seri Najib Razak itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalam Umno selain masalah yang dihadapi kerajaan.
“Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini).
“Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU 13 KEADILAN Pulau Pinang di Georgetown semalam.
Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Dr Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan pimpinan negeri.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, KEADILAN telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU 13 di Pulau Pinang.
“Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).
“Nama-nama calon wakil KEADILAN Pulau Pinang akan diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat,” kata Azmin.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut mencabar Najib mengadakan pilihan raya secepat mungkin.
“Kalau berani, (Datuk Seri) Najib (Razak) bubarlah Parlimen sekarang!” katanya dipetik.

0 Komen pengunjong :