Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Akta Hasutan untuk diamkan pengkritik : Guan Eng


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan kerajaan Pusat menyiasat Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang didakwa memburukkan dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.

"Ia mendedahkan Program Tranformasi Politik kerajaan sebagai helah kejam untuk memperdaya rakyat dengan harapan palsu kebebasan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP turut mendesak gangguan terhadap Irene dihentikan, sekali gus memansuhkan terus Akta Hasutan.

"Pertama sekali kenapa perlu ada Akta Hasutan untuk melarang suara-suara berbeza dan menentang BN?" soalnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah semalam dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Irene berasaskan satu laporan polis dan mungkin dibuat mengikut Akta Hasutan.

Sebelum ini, Irene dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering mengugut pekerja asing.

0 Komen pengunjong :