Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap
di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak
diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN
boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan
pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang.
Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil
jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan
KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak
Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang
Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.
Kemana
wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta,
projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula
RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil
ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu
memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah
lakukan.
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak
pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat
cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri
Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9
bilion.
Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik,
seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan
kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.
Kedua, parti mana
yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada
Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks
rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah
merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia
kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.
Ketiga,
apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal?
Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi,
tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana?
Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak
boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih
besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?.
Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang
kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika
krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?
Zahid Hamidi sendiri
pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak
layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa
dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan
hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
Keempat, Najib kena
malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa
negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat
daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun
2011.
Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang
banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN
Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima,
parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat.
Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo
kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini
yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku
berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.
Keenam,
transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah
Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk.
Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa
oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik
balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah
ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh,
BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta
rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia
negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau
berjaya meningkat pendapatan rakyat.
Walau pun negara sudah
merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan
kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno
untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
0 Komen pengunjong :