Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno BN peralat DBKL untuk halang perhimpunan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 25 April: KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan meletakkan beban itu kepada DBKL tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan itu.
“BN belajar dari kesilapan lalu apabila melakukan kekerasan terhadap peserta Bersih 2.0. Menteri yang terlibat juga sudah mengaku hal ini (kekerasan).
“Kononnya mahu tunjuk toleransi. BN kata tiada halangan untuk Bersih 3.0 berhimpun, kemudian serahkan tanggung jawab  kepada DBKL dan memberi tekanan kepada DBKL untuk menggagalkannya.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
DBKL hari ini merampas dua kotak derma mengandungi kira-kira RM200 dalam  serbuan ke atas perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka dan merampas bekalan makanan mereka, tengah malam tadi.
Ia adalah serbuan ketiga DBKL dalam tempoh kurang 24 jam tetapi ia gagal menghalang mahasiswa dan aktivis yang tekad meneruskan perkhemahan sehingga 28 April ini.
Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, polis dan DBKL patut menggunakan budi bicara dengan memberi kebenaran kepada peserta Bersih dan perkhemahan mahasiswa.

0 Komen pengunjong :