KUALA LUMPUR: Hampir
ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan
Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak
ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.
Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.
Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Dengan
memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband
Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.
Dalam perhimpunan Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.
Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Dengan
memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai
dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.
0 Komen pengunjong :