Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah ketepi sapina terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 6 April: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan sapina terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hadir ke mahkamah dalam satu kes melibatkan pinjaman bersindiket RM445 juta.
Sapina itu diketepikan selepas Hong Leong Finance Berhad (HLFB) memenangi permohonan mengenepikan Anwar dan Pengerusi HLFB, Tan Sri Quek Leng Chan yang dikemukakan seorang ahli perniagaan yang mendakwa beliau merupakan wakil kepada Anwar dalam urusniaga itu, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.
Anwar sebelum ini diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.
Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh HLFB untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.
Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.
Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan.

0 Komen pengunjong :