Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kamilia anggap Shahrizat pembawa penyakit

 
KUALA LUMPUR, 2 April: Meskipun ditekan agar menarik balik kenyataan menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil turun takhta, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menekankan 'pembawa penyakit' tidak perlu ke medan perang.
 
“Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang?

"Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang?” kata Kamilia dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia semalam.

Kamilia berkata demikian ketika disoal soalan sinis wartawan Mingguan Malaysia bahawa beliau sebagai orang nombor dua sepatutnya berdiri teguh di belakang ketua namun kenyataan beliau sebelum ini tidak seperti diharapkan untuk menggambarkan perpaduan dalam Wanita.

“Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya,” jawab Kamilia, sambil menegaskan bahawa tindakan beliau ini tidak mempunyai niat untuk memecah-belahkan Wanita Umno.

Beliau hanya sekadar mengiktiraf masalah skandal National Feedlot Corporation, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh kini didakwa melakukan pecah amanah berhubung RM250 juta pinjaman kerajaan untuk mengusahkan Pusat Fidlot Kebangsaan.

“Saya bercakap sebab saya mengiktiraf masalah itu, memberitahu inilah masalahnya, menyedari dan menyelesaikan masalah itu. Malangnya ada kalangan Wanita tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar,” kata beliau.

Bagaimanapun tidak diketahui samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini memberi sokongan kepada Shahrizat dan Setiausaha Agong UMNO Tengku Adnan Mansor yang mengkritik beliau kerana “mengiktiraf” masalah NFC tergolong dalam kumpulan “tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar” yang disebut Kamilia.

Sebelum ini, Kamilia mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana skandal NFC telah menyebabkan wanita Umno sudah dipanggil 'lembu'.

Ekoran itu, beliau mendapat tekanan dari pelbagai pihak dalam Umno kononnya kerana beliau mahu naik cepat dan menggantikan Shahrizat sebagai ketua kerana jika Shahrizat berhenti beliaulah yang akan menggantikannya.

0 Komen pengunjong :