Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dataran Shah Alam bergema dengan laungan SPR ‘ngapusi’


SHAH ALAM: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning. Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.
Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan.
Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan. Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’
Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.
Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.
“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya.

0 Komen pengunjong :