Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Rasuah, rompakan negara kerana tiada penghayatan Al-Quran


KUALA LUMPUR 6 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, Al-Quran bukan sekadar dibaca, namun wajib difahami, dihayati kemudian diamal sebagai bukti ketakwaan untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan kebatilan.
“Sheikh Taha Jabir Al-Alwani kata, Ramadhan di alam Melayu sangat baik. Setiap malam bertadarus dan kemudian khatam. Namun, kita bergantung pada terjemahan dan tafsir. Kena faham dan amalkan. Al-Quran beri keterangan nyata untuk kita buat penilaian.
“Berapa tahun kita baca Al-Quran? 20 tahun? Tapi kenapa masih berlaku hal yang buruk, rasuah, rompak dan sebagainya? Ini kerana tidak ada semangat Ramadhan.
“Seolah-olah tidak ada penghayatan dalam berpuasa. Sedangkan Al-Quran menjamin dan memberi petunjuk kepada manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 pimpinan KEADILAN Pusat, Negeri dan Cabang dari seluruh negara selepas majlis iftar di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Istana Mestika, Sabtu lalu.
Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor sebelum itu menghadiri mesyuarat Biro Politik Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen KEADILAN dari seluruh negara termasuk wakil-wakil dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan, orang Islam di Malaysia wajar menunjukkan ibadat seperti amalan berpuasa sebagai contoh kepimpinan yang baik kepada orang bukan Islam.
“Kalau nak jadi pemimpin yang baik, orang Islam mesti ada kekuatan akidah. Itu tidak ada kompromi,” katanya.
Beliau turut merujuk konsep kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam seperti ditulis Sheikh Al-Azhar, Dr Yusoff Al Qardhawi dalam bukunya Thaurah Sha’ab (Kebangkitan Rakyat).
“Seperti malam ini, kita tengok orang bukan Islam pun turut sama mendengar. Sebab KEADILAN bukan parti politik biasa. KEADILAN ialah parti islah, atau reformasi. Kita bawa agenda intelektual. Sebab itu kita meraikan keilmuan dan penguasaan ilmu,” tegas Anwar.
.

0 Komen pengunjong :