Banyak sangat intro yang ada dalam kepala saya ketika ini untuk dijadikan muqadimah ulasan terhadap himpunan Bersih 3.0? Mungkin kerana terlalu excited dengan himpunan yang pada saya amat berjaya berbanding dengan siri-siri himpunan sebelum ini termasuk bersih 1.0 dan Bersih 2.0 menyebabkan saya jadi jam untuk mmulakan catatan.
Seawal pagi lagi polis sudah bersiap sedia. |
Dalam memerhatian bersendirian setelah terputus kawan itu dengan kudrat yang tidak sekuat zaman muda saya tersudut beberapa kali terpencil dari keriuhan untuk mencatat ke dalam Fb. Saya ingin meluahklan perasaan bangga dan hiba melihat kesungguhan rakyat memperjuangkan hak mereka.
Anggota tambahan. |
Ternyata himpunan sekejap tadi dimonopoli oleh orang Cina. Kalai ini orang Cina sudah tidak ada kompromi lagi dengan UBN. Mereka seakan telah menolak UBN secara total dan mahu mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.
Di sudut terpencil saya bertanya dari mana mereka datang? Di celah itu juga perasaan jahat saya terbetik penuh kebimbangan bahawa demonstrasi kali ini sudah dimonopoli oleh remaja Cina. Mereka sudah bangkit mengambil ruang untuk memperjuangkan nasib rakyat negara ini. Timbul juga perasaan sketikal saya ketika itu.
Tetapi tidak mengapa. Dengan menerima niat mereka suci dan ikhlas untuk menumbahkan kerajaan yang telah lama menganiyaan rakyat berlakuy zalim. Saya membujuk hati saya agar tidak bersangka buruk kepada mereka. Biarlah kandati merreka orang Cina tetapi mereka ternyata lebih baik dari orang Umno.
Jam 10:00 pagi orang sudah memenuhi Jln Raja. |
Perhimpunan kali ini berjaya dan memberi kepuasan kepada semua pihak kecuali dihujungnya apabila polis tetap khianat dengan melepaskan gas pemedih mata dan memukul para himpunan. Untuk apa polis memukul himpunan lagi. Sepanjang pemerhatian saya himpunan hari ini adalah paling bersih, paling sopan dan tidak ada provokasi terhadap polis.
seorang pemimpin mahasiswa memulakan gerakan. |
Nah waktu ini kalau himpunan jahat mereka boleh bertindak agresif. Mereka boleh menarik gelong dawai meskipun tangan mereka robek dan carik untuk masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi mereka tidak lakukan kerana mereka ingin tunjukkan mereka menghormati polis dan menerima polis sebagai pengawal keselamatan.
Jadi apabila polis mengganas dan mengulang perbuatan yang dibenci oleh rakyat, maka himpunan yang aman, harmoni hari ini bertukar menjadi kejam. Polis perlu bertanggungjawab dan menerima kecaman badan-badan bebas dan juga hak asasi manusia atas apa yang mereka lakukan.
Penuh sesak. |
Saya meramalkan mereka yang berhimpun hari ini mencecah ke angka 250,000. Angka itu mungkin tidak besar bagi Umno yang memiliki keahlian 3.5 juta tetapi semangat dan komitmen mereka tidak boleh diperkecilkan. Kehadiran lebih 70 peratus golongan muda memberi isyarat dan signal jelas kepada UBN parti itu akan ghuyub di dalam pilihan raya akan datang.
Sdr Rusdhan Mustapa memimpin himpunan. |
Mengenang himpunan pada hari ini sesuatu yang sedikit menyebabkan saya rasa kurang selesa ialah kedatangan masyarakat India tidak begitu menyerlah. Dalam hitungan saya tidak sampai 20,000 masyarakat India yang hadir.
Sementara dari kalangan orang Melayu pula Melayu dari dua negeri nampak begitu menonjol iaitu Terengganu dan Kelantan. Manakala orang Melayu Kedah tidak begitu mendominasi himpunan kali ini. Ini berbeza dengan himpunan Bersih 2.0 di mana ramai orang Kedah yang saya jumpai.
Notis sinis kawasan Dataran Merdeka dianggap Tel Aviv. |
Dalam hal ini terima kasih kepada Ngo yang memperjuangkan Lyas. Lantaran habungan dengan Ngo itulah jumlah hari ini mencecah sebanyak itu di mana satu jumlah yang memungkinkan Najib untuk tidak mengerakan mengadakan pilihan raya.
Kekuatan Unit Amal lawan kekuatan polis. |
Nasib baillah ada mereka ini yang sudah terlatih sejak di zaman roformis lagi muncul di tengah khayal memberi ucapan dan membimbang kelompok himpunan. Antara yang semnpat saya lihat kuat melaung memberi semangat dan menghidupkan suasana ialah bekas Ketua Penerangan Pas Rantau Panjang sdr Rushdan Mustafa.
Gelong dawai berduri yang tak sempat diragup. |
Sekali lagi saya merakam ucapan syabas kepada semua para himpunan, Ngo Bersih 3.0 dan juga pihak polis dan DBKL kerana berjaya menghidupkan suasana himpunan hari ini dalam keadaan baik. Sudah pasti kalau polis tidak menjadi iseng dan gila di hujung himpunan ia boleh dirakam sebagai perhimpunan bebas yang aman dan menyeronokkan.
Sumber : MSOmelayu
0 Komen pengunjong :