KUALA
LUMPUR, 28 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan menjadi
perhatian dunia hari ini apabila rakyat Malaysia berhimpun sekali lagi
untuk menguji komitmen kerajaan berkenaan perubahan demokrasi, beberapa
bulan sebelum pilihan raya.
Penganalisis dan pemimpin politik pembangkanh berkata Najib
harus menangani Bersih 3.0 dengan lebih cermat berbanding perhimpunan
sebelumnya menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai tahun
lalu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishammuddin Rais berkata kepada
The Malaysian Insider bahawa media antarabangsa mula hadir acara petang itu, cubaan ketiga Bersih menuntut pembaharuan pilihan raya.
Sehubungan itu, keganasan terhadap orang awam yang berhimpun di
jalanan hari ini akan menjadi tajuk hangat antarabangsa yang menunjukkan
kekurangan kebebasan umum di Malaysia.
“Tiada siapa yang ingin melihat gambar orang awam dipukul pihak
polis. Bagi kerajaan, sekiranya polis jalankan tanggungjawab sebagai
pelindung, episod ini akan berlalu,” kata Ibrahim Suffian, pengarah
penyelidik bebas Merdeka Centre.
Namun ramai menganggap tidak akan berlaku insiden di mana peserta
demonstrasi akan digari, diheret ke dalam trak polis, atau pulang ke
rumah dalam keadaan cedera akibat gas pemedih mata, kegatalan kulit
akibat tembakan meriam air.
“Tindakan polis akan terhad akibat kekhuatiran seperti dahulu yang
akan memberikan kesan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata
Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.
“Saya tidak mampu membaca fikiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Hussein, namun saya tidak yakin polis akan melepaskan gas
pemedih mata seperti dahulu,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Hishammuddin (Rais) turut berkata, “polis akan berhati-hati” atau
mereka akan “membunuh diri apabila mereka bertindak ganas terhadap
peserta demonstrasi aman kerana mereka hanya akan duduk sahaja.”
Penganalisis pilihan raya, Dr Ong Kian Ming turut percaya, peserta
akan diberi kebenaran melepasi halangan yang dibuat di Dataran Merdeka,
lokasi bersejarah yang menjadi pertikaian antara penganjur dan pihak
berkuasa sejak beberapa minggu lalu.
“Saya rasa polis akan lebih menumpukan kepada kawalan keselamatan
kali ini dan saya percaya walaupun terdapatnya perintah mahkamah, pihak
berkuasa akan membuka Dataran Merka dan membenarkan demonstrasi “Duduk
Bantah” diteruskan,” katanya kepada
The Malaysian Insider apabila dihubungi semalan.
Selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berulang kali menegaskan
menolak permohonan Bersih untuk menggunakan dataran terbabit, polis
turut mendapat kebenaran majistret untuk menghalang publik menghampiri
kawasan bersejarah tersebut.
Bersih hari ini bercadang untuk berkumpul di enam lokasi sebelum
berarak dan bergabung di lokasi tersebut, dan menegaskan mereka tidak
akan berganjak daripada lokasi nenek moyang mereka mengumumkan
Kemerdekaan.
“Arahan mahkamah itu hanya merangkumi Dataran. Bersih tidak akan
melanggar perintah mahkamah atau melepasi halangan ... kami akan pergi
sehampir mungkin dengan Dataran.
“Tapi kami berharap pihak berkuasa akan bertolak ansur dan memberikan
kebenaran, mereka boleh lakukan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk
Ambiga Sreenavasan kepada pemberita semalam.
Timbalan Komisioner Ketua Polis Bandaraya, Datuk Mohmad Salleh telah
memberikan lampu hijau untuk Bersih di luar kawasan Dataran Merdeka,
berdasarkan peruntukan di dalam akta baru, Akta Perhimpunan Aman 2011,
yang membenarkan masyarakat berhimpun.
Namun, peruntukan itu tidak menyatakan pergerakan dalam berhimpun.
Ini menyebabkan para demonstran melihat berlakunya perbalahan dengan
keganasan polis apabila mereka berarak daripada enam lokasi menuju ke
Dataran Merdeka.
Namun, bersetuju dengan pendapat ahli politik dan penganalisis, ini
bakal menyaksikan kejatuhan mendadak populariti Najib yang sedang
meningkat naik.
“Sekiranya berlaku pertempuran, atau imej individu dipukul, dengan
pantas, pembangunan politik yang Najib cuba bawa akan hancur. Beliau
perlu bermula kembali dari sifar,” kata Ibrahim.
Hishammuddin berkata, Najib dan BN bukan sahaja akan kehilangan undi,
tapi juga peluang untuk mendapat sokongan kumpulan kelas bawahan.
“Pengundi atas pagar, kami dengar ada 40 peratus daripada sistem
pemilih, mereka mungkin menentang BN. Pengundi ini adalah amat penting
untuk menentukan arah tuju negara,” katanya.
Ong lebih menjurus kepada pendekatan neutral, berkata tindak balas
tersebut akan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam perisai BN, ia
mungkin tidak memenangi pemilihan untuk pembangkang.
Walaubagaimanapun, Najib dilihat tidak akan menggunakan peluangnya,
ahli akademik itu berpendapat, perdana menteri akan menangguhkan
pilihan raya ke-13 sehingga beberapa bulan meredakan gelombang Bersih
3.0.
Namun, tiada pemerhati ini menjangkakan Bersih 3.0 akan mencapai objektif mereka.
Adakah sistem pilihan raya Malaysia akan bersih menjelang PRU13?
“Saya rasa, sekiranya jangkaan saya adalah benar, tidak akan berlaku
keganasan, perhimpunan itu akan kekal aman dan saya rasa Najib akan
tetap dengan laporan PSC (Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen) dan tidak
melakukan perubahan drastik sebelum pilihan raya,” kata Ong. Bersih 3.0
menayatak rasa ketidak puasan hati terhadap cadangan PSC.
Ibrahim berkata, adalah sukar untuk menjangkakan apa akan berlaku
“selepas Bersih 3.0”, mengakui, mungkin hanya akan kembali normal.
“Saya tidak pasti. Jangkaan publik mungkin tinggi, tapi semuanya
berdasarkan kerajaan. Sekiranya tiada perkara yang dilakukan cukup untuk
menambah baik mutu pilihan raya, kerajaan masih lagi berjalan seperti
iasa dan menang pilihan raya walaupun kebenaran kemenangan mereka itu
dipersoalkan,” katanya.
Nurul Izzah bersetuju dengan pendapat penganalisis tersebut.
“Saya tidak rasa Najib akan menyerah, dengan pelbagai perkara akan dipertaruhkan,” katanya.
Bersih 3.0, perhimpunan besar-besaran ketiga gabungan 84 NGO,
dijangka turut disertai oleh perhimpunan di seluruh negara dan 71 bandar
melibatkan 29 negara di sekuruh dunia.
0 Komen pengunjong :