Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bendera BN di stesen komuter jadi bahan ketawa


KUALA LUMPUR, 14 April: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melahirkan kekesalan jika benar stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi tempat bendera parti politik digantung.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan sahaja tidak wajar malah ia akan menjadi bahan ketawa pengamat politik dari luar.

“Apakah kempen parti politik harus mencemari kawasan awam?” soalnya dalam satu kenyataan mengulas laporan portal berita Malaysiakini mengenai perkara itu.

Justeru, katanya, Teras mempersoalkan apakah peraturan yang telah ditetapkan dalam hal menggantung bendera termasuk membenarkan tempat awam seperti stesen KTM dilibatkan.

Katanya, kempen parti politik dengan perang bendera seharusnya mempunyai batas.

Beliau menambah, rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera di tempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan.

Kata Azmi lagi, setelah Pilihan raya Umum dilaksanakan sebanyak 12 kali, apakah rasional kempen seperti itu perlu dilakukan.

Baginya, perlakuan seperti itu menunjukkan kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat.

“Jangan sampai rakyat menjadi mual dan muak dengan keghairahan yang melampau dari gelagat parti BN,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, tegasnya Teras menuntut agar pihak berkuasa serta pihak SPR mengawal mana-mana parti politik dari mencemari kawasan awam digantung bendera sesuka hati supaya ia tidak mengganggu keselesaan orang awam.

“Cukuplah bendera parti digantung di tepi-tepi jalan raya, itupun harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Membenarkan semua tempat dipenuhi dengan bendera parti amat mencemarkan pemandangan dan menunjukkan ketidakmatangan di pihak parti yang berkenaan,” katanya.

1 comment :