Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Debat: Najib sekali lagi berdolak dalik


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi  Ramli mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya  sedia  berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai ‘pemikiran munasabah’ dan serius mengenai masa depan negara.
Rafizi  berkata, Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.
“Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Najib dalam entri terbaru blognya bertajuk ‘Kebenaran Mengenai Malaysia’ menyatakan kesediaan berdebat mengenai politik dengan mana-mana pemimpin, namun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai ‘pemikiran munasabah’ yang beliau maksudkan.
Anwar sebelum ini berulangkali mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan masa depan negara, namun ia ditolak perdana menteri itu dengan pelbagai alasan.
Rafizi berkata, Najib tidak perlu berdolak dalik memandangkan seluruh rakyat terutama pengundi muda mahu melihat sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin politik berhujah bagi membuktikan masing-masing layak untuk mentadbir negara.
“Sikap Najib yang sentiasa berdolak dalih akan menjatuhkan imejnya sendiri kerana pengundi muda yang merupakan kelompok terbesar mahu melihat kedua-dua tokoh politik ini berdebat mengenai masa depan negara,” katanya.
Sementara itu, dalam kajian terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center mendapati 54 peratus rakyat Malaysia mahu melihat perbahasan antara Najib dan  Anwar.
Daripada kajian itu, 67 peratus pengundi muda bersetuju  perlu ada perdebatan antara kedua pemimpin untuk mempamerkan idea dan dasar negara.

2 comments :

  1. Inilah standard PM ku.
    Bercakap sorang2 di pentas utk cabar berdebat. Tapi, bila di sahut cabaran, terus "stroke"

    Ada t#$%r ka PM ku ini....

    ReplyDelete
  2. Memang tak berani punya. Cakap kalau debat Anwar deman tapi dia yang deman sebelum berdebat

    ReplyDelete