Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah


SHAH ALAM 5 FEB : Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa rakyat supaya bermuhasabah dan memperkukuh persefahaman antara manusia.
Abdul Khalid berkata walaupun manusia hidup di dalam komuniti berbeza, mereka dikatakan mempunyai talian persaudaraan kerana berasal daripada keturunan Nabi Adam.
"Secara fitrahnya, semua manusia sukakan kebaikan, keadilan dan kejujuran. Ia adalah antara sebahagian ciri umum yang menyelubungi kefahaman antara manusia," Abdul Khalid berkata di dalam perutusan Maulidur Rasulnya yang bertajuk "Persefahaman Perpaduan Ummah".
Tambah beliau, umat Islam mempunyai tanggungjawab besar untuk menghasilkan kesefahaman dan keamanan antara manusia yang berbeza agama.
Ini boleh dilakukan misalnya, dengan mengadakan ruang untuk supaya perbezaan pendapat dapat diluahkan di dalam keadaan yang aman dan sihat.
"Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk hidup berpandukan prinsip-prinsip luhur sebagaimana yang ditunjukkan mesej Al Quran dan Sunnah.
"Agama Islam merupakan sumber keselamatan dan keadilan, dan bukan kezaliman, permusuhan serta keganasan."

0 Komen pengunjong :