Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Belanja mewah: Rosmah, Najib dicabar saman


SHAH ALAM : NGO Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendedahkan perbelanjaan mewah berjumlah RM325,000 (AS 100,000) di Australia baru-baru ini.
Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa dilakukan Rosmah sepertimana dilaporkan menerusi akhbar dan blog di Australia.
Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti dilaporkan.
Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Morning Herald yang ditulis oleh kolumnis Andrew Horney mengenai perbelanjaan Rosmah di butik pereka fesyen, Carl Kapp.
“Jesteru Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar, fitnah dan direka.
“Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait  skandal tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini.
Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut, lapor Free Malaysia Today hari ini.
Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp.
Ia berikutan pendedahan Wartawan fesyen, Patty Huntington mendedahkan emel beliau dengan Carl Kapp yang membuktikan Rosmah berbelanja sakan di butik pereka eksklusif itu di Sydney.
Pada 26 Januari lalu, Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut.
Satu aduan juga turut dibuat ke atas Shah Rezza, Najib dan Rosmah berkait skandal membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000).

0 Komen pengunjong :