Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno BN terdesak melampau - Setiausaha Agung PKR

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.
“Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.
“Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
“Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,” katanya.
Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.
Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.
“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya.
Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.

0 Komen pengunjong :