Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR dedah bukti terbaru, desak SPRM siasat NFC


PETALING JAYA, 12 Jan — PKR hari ini mendedahkan bukti terbaru bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mereka terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat daripada seorang individu dalam Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, dia mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.
“Beliau telah menghantar emel menyatakan terdapat penglibatan seseorang dalam cubaan merasuah pegawai penyiasat kes skandal NFC.
“Berdasarkan emel tersebut, SPRM seharusnya menyiasat perkara itu kerana kenyataan tersebut bukanlah kenyataan yang tidak berasas.
“Beliau adalah tokoh yang dihormati dan menduduki banyak jawatan penting dalam negara, selain ahli Lembaga Penasihat SPRM, beliau juga memegang jawatan di Petronas dan banyak lagi agensi kerajaan,” kata Rafizi.
Dalam emel — menurut Rafizi yang dihantar oleh pegawai berkenaan kepada satu kumpulan emel pada Sabtu 31 Disember, jam 10.40 pagi lalu — pegawai berkenaan menyatakan beliau ada berjumpa peguam yang mewakili NFC dan Pengerusi NFC sendiri.
Pegawai berkenaan dalam emelnya juga menyatakan, “Dia memberitahu kami mengenai kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikan wang supaya dapat mempengaruhi polis supaya bersikap kurang kasar (dengan NFC) semasa soal siasat.
Dalam emelnya itu juga, pegawai tersebut menyatakan “sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis”.
Berdasarkan kenyataan tersebut, Rafizi bertegas mendesak pihak SPRM untuk menyiasat NFC ekoran emel tersebut kerana pegawai berkenaan merupakan tokoh yang dihormati di negara ini.
“Beliau adalah tokoh yang disegani dan memegang jawatan penting dalam negara, keterangan peribadi yang dibuatnya itu harus dipandang serius oleh SPRM.
“Oleh itu, PKR akan membuat laporan ke pejabat SPRM Shah Alam hari ini agar siasatan boleh dijalankan segera,” tambahnya kerana laporan dan pendedahan yang dikemukakan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan sebarang tindakan diambil oleh badan pencegah rasuah tersebut.

0 Komen pengunjong :