Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isytihar harta: Apa ‘bahaya’ disembunyikan Nazri?


KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.
Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu ‘mengundang bahaya’.
Siti Aishah Shaik Ismail
“Apakah ia akan memperlihatkan jumlah sebenar kekayaan menteri Umno yang tidak sebanding dengan kesusahan Rakyat di bawah?
“Apakah Nazri Aziz bimbang seandainya aset milik mereka dipersoal oleh rakyat, pemimpin Umno tidak lagi boleh memperolehi kekayaan yang banyak?,” soal Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.
Menurutnya lagi, sekiranya Nazri Aziz merasakan beliau telus dalam pentadbiran, mendahulukan rakyat dan berkhidmat dengan “jujur”,  maka tiada istilah “bahaya” yang harus dibangkitkan.
“Rakyat harus tahu sikap dan sifat pemimpin mereka, maka saya pasti rakyat akan menanti semua Menteri-Menteri kabinet mengistiharkan harta mereka dengan kadar segera.
“Kita menanti dan sekiranya mereka “gagal” maka jelaslah, ada sesuatu “bahaya” yang sedang disembunyikan,” kata Aishah.
Menurutnya lagi, keputusan tidak timbul kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan berani mengistiharkan aset milik exco kerajaan negeri itu termasuk Ketua Menteri sendiri.
“Ini dilakukan atas dasar ketelusan dan kejujuran kerajaan pakatan rakyat yang yakin bahawa tiada apa yang harus disembunyikan dan “bahaya” untuk diketahui oleh umum,” ujarnya.

1 comment :

  1. Kakitangan Awam semuanya kena Isytihar Harta sebagai syarat utk kenaikan Pangkat dan Gred Gaji..Apesal Menteri pulak x boleh???
    Sepatutnya mereka berbuat lbh awal dari kakitangan2 dibawahnya..

    ReplyDelete