Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Shahrizat kini beban buat Umno – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR 6 Disember: Pimpinan-pimpinan Umno semakin hari semakin merasakan beban kes National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai beban kepada parti itu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata ini kerana skandal projek lembu yang mendapat dana RM250 juta ini tidak dapat disembunyikan lagi ekoran pendedahan KEADILAN yang terus menerus.
“Gesaan untuk Shahrizat letak jawatan semakin kuat kerana isu ini tidak boleh diselamatkan lagi. Oleh itu Shahrizat perlu letak jawatan kerana tidak syak lagi shahrizat kini adalah beban Umno.”
“Integriti Shahrizat sebagai menteri juga turut terpalit dan beliau perlu segera meletakkan jawatan”
Hari ini Akhbar Berita Harian melaporkan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa pemimpin parti terutamanya Umno perlu melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.
Mahathir berkata demikian ketika mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat yang meminta agar Ketua Wanita Umno itu melepaskan jawatannya sebagai menteri ekoran isu Skandal NFC tersebut.
“Terpulanglah kepada dia(Shahrizat), kalau dia patut undur dia undur. Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran itu mendatangkan faedah pada parti,mereka harus undur,” kata Mahathir dipetik dari Sinar Harian.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula berkata sudah tiba masanya Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu berundur ekoran pelbagai desakan bukan saja dari Pakatan Rakyat malah dari Umno sendiri.
“Sebenarnya ramai pemimpin tertinggi Umno melihat Shahrizat sebagai liabiliti kerana skandal NFC.Apa tunggu lagi? Kalau betul-betul Shahrizat sebagai menteri yang bermaruah, dia perlu segera letak jawatan dan akan menjadi model kepada pimpinan umno lain yang sebenarnya terlibat dalam korupsi yang lebih besar.”
Sebelum ini Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin pernah mendesak Shahrizat supaya berundur dari jawatannya.
Akhbar Sinar Harian juga pernah memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang membuat kenyataan bahawa Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
Skandal NFC mencetuskan konterversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.
NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

1 comment :

  1. takpe, biarkan je, biarlah kak pijat bersenanglenang dalam mansion tersergam dia bersama2 laki dan anak2 yg kesemuanya dikelaskan vip belaka.
    kita semua takboleh menidakkan yg kak pijat telah sedikitsebanyak ada berjasa sebelum ini. contoh paling ketara ialah, kak pijat lah satu2nya dalam 1malaysia ni yg berani tampil melawan lantas berjaya mencampakjauh AP Queen yg kian dibenci rakyat, ingat lagi? 1lagi, kak pijat jugalah yg tampil menjadi calon dalam pru12 lepas, di mana beliau tewas, maka itu adalah jasa kak pijat yg amatsangat besar kerana jika org lain yg jadi calon kawasan, mungkin pakatan gagal merebut kerusi tersebut!
    nah, jadi biarkanlah kak pijat sekeluarga terus menikmati elaun2 imbuhan2 dan kesenangan2 yg mereka layak mengaut kesemuanya sesuai dengan taraf vip mereka, cthnya kelayakan mendapat projek mega negara, kelayakan mendapat pinjaman lembut 250juta tanpa saringan terperinci, kelayakan memiliki kereta baru berkilau kelas mewah, kelayakan memiliki bukan 1 tapi 2 unit kondo jenis supermewah dan kelayakan memiliki bukan 1 tapi beberapa jawatan gred ultrasuper sebagai supergembala spesis lembu mewah...
    er, tapi apa vip2 nih??? sejakbila perlembagaan malaysia ada pengkelasan sesama penduduk nih??! sejakbila org melayu org malaysia ada sistem kasta nih?!!

    jangan biar diri anda diselubungi kelentong

    jom bagi bersih semua kekotoran dan korupsi politik negara, jom humban KERA UMNgOk-BoNgok jauh2 ke laut!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

    ReplyDelete