Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes liwat Anwar ditangguh ke 12 dan 13 Disember

Penggulungan hujah kes perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan Khamis dan Jumaat ini telah ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.

Perkara itu diumumkan oleh peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair selepas bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat di kamar hakim pada jam 3 petang tadi.

“Pihak pembelaan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan transkrip nota prosiding, khususnya dari saksi pakar. Kami juga menghadapi masalah berhubung istilah perubatan. Justeru, kami perlukan lebih masa,” kata Karpal (kiri).

“Namun, pihak pendakwa membantah keras permohonan kami dan mendakwa ia bukan alasan yang kukuh. Berikutan itu, Hakim Zabidin membenarkan penangguhan kes sehingga Isnin ini.”

Karpal berkata tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Khamis dan Jumaat ini telah dikosongkan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

0 Komen pengunjong :