Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nik Aziz: Seksualiti Merdeka perlu dihalang


PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin pihak berkuasa mampu menghalang Seksualiti Merdeka, satu program yang menyuarakan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) daripada diteruskan.
Terkejut dengan penganjuran program sedemikian, Nik Aziz berkata pihak berkuasa mampu mengambil tindakan tegas tanpa perlu menunggu desakan dari mana-mana pihak terlebih dahulu.
“Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang.
“Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Besar Kelantan menegaskan setiap akal waras manusia pastinya akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat.

Hak asasi?
“Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi?
“Justeru, ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada,” katanya.
Beliau berkata tindakan sewajarnya perlu diambil bukan sahaja terhadap penganjur program ini tetapi terhadap media yang ghairah memaparkan perkara lucah dan fitnah sehingga menyebabkan isu sebegini sudah dianggap perkara biasa oleh masyarakat.
Katanya, pelbagai istilah disebut dan gambar dipaparkan secara terbuka oleh media seolah-olah tidak menjadi kesalahan dan ini mengakibatkan hakisan moral golongan anak muda menjadi semakin parah.
Namun beliau berharap isu ini tidak hanya dijadikan sebagai mainan politik bagi kepentingan sesetengah pihak sahaja.
“Saya harap tidak ada apa-apa permainan politik kerana amat biasa di dalam senario negara pada hari ini isu yang diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata,” katanya.
Seksualiti Merdeka merupakan program tahunan sejak tahun 2008, menuntut hak dan kebebasan golongan (LGBT) untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Bertemakan “Queer Without Fear”, program ini diadakan di The Annexe Gallery Pasar Seni di sini bermula semalam sehingga 13 November depan.
Namun program itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutamanya pertubuhan agama kerana bertentangan dengan kepercayaan mana-mana agama yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.
Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Sen Kie dalam Dewan Rakyat hari ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengambil perhatian serius mengenai program Seksualiti Merdeka.
Chew berkata demikian ketika menjawab soalan yang diutarakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang mempersoalkan program itu dan langkah yang boleh diambil untuk menghentikannya.

0 Komen pengunjong :