Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Nov : Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung  Akta Perhimpunan Aman 2011.
Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini.
“Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim,” kata Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Pakatan Rakyat cuba mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis.
Menurut Surendran, Najib sebenarnya tertekan dengan bantahan Pakatan Rakyat, NGO dan orang ramai yang marah dengan Akta itu.
“Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung,” kata Surendran.
Pakatan Rakyat dan pelbagai NGO sebelum ini mendesak kerajaan pimpinan Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang berkenaan yang dibentang  di parlimen baru-baru ini.
Antara peruntukan dalam rang undang-undang berkenaan ialah pemberian notis awal 30 hari untuk berhimpun.
Seksyen 9(5) dalam rang undang berkenaan pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan.
Manakala Seksyen 21(3) pula membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;
Rang Undang-undang yang dicadangkan itu juga memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun, termasuk lokasi dan tarikh perhimpunan.
Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis Sebelum ini.
Dewan Rakyat akan membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan dinamakan Akta Perhimpunan Aman, sekiranya diluluskan esok.

0 Komen pengunjong :