Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

RUU Perhimpunan Aman taktik BN hadapi PRU, patut batal

KUALA LUMPUR, 29 Nov — PAS menegaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang hendak dibahaskan dengan beberapa pindaan pagi ini, mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan taktik pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.
“Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah,” kata beliau dalam kenyataan.
Rang undang-undang itu bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dijadual untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pagi ini.
Ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak, Kabinet Najib memutuskan untuk membawa tujuh pindaan ketika ia dibahaskan di peringkat jawatankuasa.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat melihat rang undang-undang ini “adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.”
“Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja mendesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu,” kata beliau lagi.
Tambah beliau, rang undang-undang baru ini merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Katanya, rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.
“Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak
“Kata Umar bin Abdul Aziz ‘bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu’,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :